"TICER JANGAN RISAU.."

 Pagi tadi ada latihan kebakaran. Sebagai guru kelas, I kena pastikan murid I semua cukup. Tambahan, guru pembantu untuk kelas saya tu tak hadir.


Waktu tengah headcount, sampai ke hujung tu nampak ada satu murid perempuan mukanya basah. 

"Kenapa ni?" Saya perhatikan murid tu, dan nampak matanya merah. Positif -- menangis.


"Tak ada apa, privacy.."


Of course saya risau. Dan saya tanya lagi kenapa.

"Ticer jangan risau.." Salah satu daripada rakan mereka berkata sambil sentuh perlahan lengan I. Mata I tak lekang dari murid tu lagi. Tapi sentuhan tu somehow buatkan I kembali tenang instead of risau. 


..

Sentuhan.


Sentuhan adalah salah satu daripada 4 jenis bahasa kasih sayang. Dan sentuhan juga adalah salah satu daripada perkara yang boleh dibuat ketika rasa cemas menyerang. Salah satu daripada 5 grounding technique -- 4 perkara yang kita boleh sentuh. 


Dan ada juga salah satu parenting hack/technique yang I belajar dari media sosial, iaitu pasangan akan sentuh pasangannya yang nampak macam tenggelam dalam emosi waktu tengah mendisiplinkan anak, dan pasangan yang disentuh tu perlu cool down dan keluar dari situasi tu, manakala pasangan yang menyentuh, perlu ambil alih dan disiplinkan anaknya dengan tenang.


..

Sebagai anak nombor 2, saya kurang gemar akan sentuhan tanpa sebab. Tetapi sebagai guru, ada waktunya kita perlu sentuh anak murid terutama untuk menenangkan murid -- murid PPKI selalunya sangaat lah suka sentuh haha so terpaksa reda jela haha. 


Tapi bila ada murid yang guna teknik ni dekat cikgu sambil suruh cikgu tenang, dia macam rare.


At this point, saya macam terfikir. 


Dulu sewaktu mengajar PPKI, hampir tiap masa otak saya akan berpusing, berhubung, perlu sentiasa alert, aware dan memikirkan cara termudah untuk menyampaikan isi matapelajaran. 


Tapi untuk kali ini, bukan isi pelajaran yang memeningkan kepala saya, melainkan pengurusan murid itu sendiri. Untuk memastikan setiap murid dapat ikuti pelajaran dengan baik, tiada yang pening-pening lalat sendirian, dan isi pelajaran sebenarnya tak susah pun. Kecuali satu bab tu je I kena study berhari-hari sebab benda tu I tak dapat nak faham sejak zaman sekolah. Tapi bila kena mengajar, I memang perlu fahamkan dulu topik tu supaya jika murid ada soalan, I boleh jawab dengan baik.


Dan mungkin untuk kali ini, I tak sempat untuk refleksi dengan banyak pun. Tetapi benda-benda kecil ini yang menyentuh pemikiran saya.


Kadang, cikgu pun perlu ditenangkan oleh murid. :)

Comments

Popular Posts