SEJENAK BERFIKIR
Saya baru sahaja menyaksikan satu video -- tentang satu pergaduhan antara laki bini disebabkan tali kasut. The wife mengandung, perut dah besar and she's asking for a help dari husband dia, untuk tolong ikat tali kasut.
The man said he's drinking some water and kinda perlekehkan the wife by saying "Tak boleh ikat sendiri ke?" Something like that.
Ah, I hate that I still tak dapat nak tulis BM 100% huhu but please bear with me. Saya cuba, okey?
.
Baik, sambungan. Mereka bergaduh 'hanya' disebabkan oleh tali kasut tu.
Yang lelaki mungkin penat, tapi yang mengandung tu pun tengah penat juga.
Dekat situ, ada komunikasi yang perlu diperbaiki.
Benda ni sedikit sebanyak buat saya kurang yakin untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Walaupun saya dah banyak belajar menerusi terapi untuk berkomunikasi dengan baik, meletakkan sempadan dan sebagainya, namun ada waktunya jika tiada kesefahaman, kita akan mudah penat dalam perkahwinan.
Masing-masing cuba untuk mempertahankan 'hak' masing-masing. Sedangkan ia sebenarnya adalah mengenai bertoleransi.
Perkahwinan bukan tentang 'Saya sanggup mati untuk awak,' tetapi bagaimana nak menerapkan 'Kita cuba sama-sama pertahankan keluarga ini.'
Dan kenapa saya menggunakan perkataan 'pertahankan keluarga' bukannya pasangan semata, kerana ada waktunya mungkin si suami kepenatan mencari nafkah, dan si isteri pula kepenatan menjaga anak-anak dan rumah. Waktu itu, yang kita perlukan adalah rehat atau waktu untuk diri sendiri buat seketika.
Atau mungkin, waktu untuk melepaskan beban di pundak buat seketika, tanpa perlu risau akan hal-hal di luar sana.
Mindfulness, mungkin itu salah satu kunci utama dalam sebuah perkahwinan.
Ah, jauh pulak perginya saya kalini haha.
.
Baru dua-tiga hari lepas jumpa kawan, soalannya dekat saya adalah, "Syu, ko tengah mencari tak?"
Aku tak mampu nak jawab soalan tu.
Bukannya tak risau, umur dah nak dekat 30 tapi belum ada pasangan. I mean, selain daripada saya cuba untuk bersangka baik pada Tuhan yang akan memberikannya kepada saya pada waktu kami berdua bersedia, tetapi saya juga tahu yang kita tetap perlu untuk berusaha.
Mungkin sebelum ini saya ada usaha sedikit sebanyak untuk mencari pasangan, tetapi untuk waktu sekarang, saya dah hilang rasa untuk mempunyai pasangan -- meski adik-adik saya dah mula dapat baby pertama mereka, saya masih lagi kosong. Tiada apa-apa.
Jadi yang saya utamakan sekarang adalah membina masa depan untuk diri sendiri. Jika Tuhan mentakdirkan untuk saya mempunyai keluarga sendiri, suatu saat nanti ia pasti akan datang juga kepada saya.
Namun sekiranya tidak, Dia pasti lebih tahu apa yang terbaik untuk saya, dunia akhirat.
Ini bukan tentang pasrah semata.
Tetapi ia tentang berdamai dengan rasa.
Berdamai dengan hal-hal yang tidak diketahui.
Berdamai dengan takdir yang telah Dia ketahui, meski saya sendiri belum tahu apa-apa tentangnya.
..
I hope it wont be that hard for us to just say, "Kejap ya sayang, 2 minit."
.jpg)

Comments
Post a Comment