DREAMS
Can I write about my dreams here?
Ah, idk.
Kalau sebelum ini, mungkin saya akan tulis tanpa berfikir panjang.
This is my platform, suka hati saya lah kan nak tulis ke tak? Haha.
Tapi ada satu hal yang buat saya agak reluctant untuk berkongsi secara membabibuta (lol), iaitu kita tak tahu siapa yang membaca dan jika mereka berhajat baik ataupun buruk.
Bukanlah nak cakap atau nak perasan diri ada hater, tapi beberapa hal yang saya pelajari ni buatkan saya merasakan perlunya untuk kita tak terlalu open meskipun berniat baik. Haha.
Well, the past me would definitely think the world dipenuhi dengan orang-orang yang baik, dan meski orang jahat sekalipun, akan ada sekelumit kebaikan dalam dirinya. Tapi ada satu hal yang kita perlu ingat juga, dunia ini turut dikelilingi oleh orang-orang yang inginkan kebaikan untuk dirinya sahaja. Oleh orang-orang yang selfish.
Dan juga orang-orang yang tak peduli jika perlu menyakiti orang lain, asalkan dapat apa yang dia nak.
Yeah. To be honest, rasa nak tulis buku untuk hal-hal yang saya pelajari, hal-hal yang mengajarkan saya dan merubah diri saya right before 30's ni.
Sebelum ni saya tak kisah nak share goals saya dekat socmed, serta hal-hal yang mungkin boleh buat orang lain terinspirasi. Saya suka kongsikan daily life dan hal-hal random yang saya buat, just because -- as a memory untuk diri sendiri dan mungkin inspired others.
Contoh, random solo ride pun ada follower berterima kasih and cakap rindu nak ride again bila tengok story tu haha. So, story macam tu, bagi saya kebaikannya boleh buat orang 'kembali' mencari diri atau identiti, dalam kesibukan dunia teknologi ni.
.
Tapi bila saya berkenalan dengan seseorang tahun lepas, fikiran tu slowly fading. Saya tidak lagi yakin pada manusia untuk behave as it is. Haha. Macam kejam je ayat tu but the thing is, saya semakin sedar yang dunia ni kejam. Dunia ni bukan hanya fairy tale semata.
Macam dalam cerita Dora The Explorer tu, meskipun dunia Dora dikelilingi Boots, orang atau binatang yang baik, tetapi tetap ada musang si pencuri, yang mencuri atau menghilangkan barang si Dora, menyukarkan pengembaraan untuk seketika, hanya kerana itu yang kebiasaannya.
I mean, musang tu bukannya curi untuk kegunaan sendiri pun, tapi just because he can, and he did that.
Irony, huh?
.
Eh, tiber panjang bebel, nak tulis pasal dreams je dah masuk banyak topik pulak, haha. Anyway, Salam Lebaran. Doakan saya, esok start class dah sampai Ahad XD
.jpg)

Comments
Post a Comment