LAJU
Pernah tak rasa macam fikiran atau fungsi otak seolah-olah terlalu laju? Laju, sehingga menyukarkan diri.
Laju, meskipun tubuh pada tahap normal.
Laju, sehingga mendatangkan kesukaran kepada orang lain, untuk mengikut tahap kelajuan kita.
.
.
.
Pernah?
.
.
.
Saya tak pasti jika ianya adalah hal yang normal untuk setiap manusia. Tetapi mungkin setiap dari kita pernah merasakan hal-hal sedemikian, jika ia terbiasa dengan fungsi kognitif yang laju. Ataupun mungkin waktu kita rasa teruja dengan sesuatu. Seperti kera mendapat bunga? Hahaha. Macam tiba-tiba sangat pulak ya.
Anyway.
Tahu tak macam mana nak perlahankan fungsi kognitif tu?
Fungsi kognitif tu cara otak proses maklumat lah secara mudahnya. Mental load.
Sebelum ni saya suka susunkan semula otak dan fikiran saya menerusi fotografi. Saya pernah tulis di Instagram, jadi tak rasa nak tulis part tu secara details.
Tapi secara ringkasnya, fotografi boleh bantu untuk 'train' otak kita. Bagaimana cara kita melihat objek menerusi kaca mata yang berbeza. Melihat dengan lebih details. Melihat melalui arah yang berbeza. Dan memperlahankan otak yang sedang laju atau menyelarikan fungsi tubuh dan fungsi otak.
Dari sudut agama, baca Quran juga ada kelebihan yang sama, dari segi 'brain training' tu. Tapi dengan cara yang berbeza.
Dan, sebenarnya menulis juga dapat menghasilkan hal yang sama. Memperlahankan yang laju, membantu untuk menyamakan semula fungsi-fungsi badan yang perlahan.
Sebab tu, journaling adalah salah satu perkara yang disarankan bila kita diselubungi rasa-rasa yang sukar.
Rasanya itu sahaja untuk tulisan kali ini.
Selamat meneruskan perjuangan anda.
MQ
19.36
Kelantan
.jpg)

Comments
Post a Comment