UJIAN

 Tahun lepas saya ada diuji dengan sesuatu yang agak berbeza, dan ia seolah-olah menjadi satu titik terpelik dalam kehidupan saya. 


Semua yang saya lakukan seolah-olah tak kena, sepertinya salah dan ada sahaja yang tak kena.


Entah berapa 'kerugian' dari segi wang, tenaga dan emosi yang perlu saya hadap waktu tu.


Saya seolah tertanya-tanya, apa silap saya dan bagaimana perlu saya baiki hal itu?


Saya juga ada merujuk kepada beberapa sahabat dan mendapat beberapa jawapan berbeza - mungkin saya ada ambil hak orang lain, atau kesilapan yang saya lakukan, mungkin disebabkan oleh 'sesuatu' yang berlaku dan saya terkena 'ain', lalu mencadangkan untuk saya ikhtiar dengan sesuatu yang agak sukar untuk saya laksanakan, dan jawapan dari sahabat yang ketiga ini adalah sesuatu yang sangat berbeza -- teruskan berbuat baik. Sesuatu yang lebih kurang begitu bunyinya.


Dan jawapan daripada sahabat yang ketiga ini seolah-olah mematikan jawapan yang lain.


Tiada sebarang validasi, atau bahkan semangat, tetapi hanya satu arahan yang jelas dan tidak menyalahi syariat.


Dan tentunya, ia memberikan kesan kepada diri saya meski pada saat itu terasa seperti membawa seribu pertanyaan, tetapi dalam masa yang sama, memberikan sejuta rasa untuk berhenti daripada terus merasa 'sedih' dengan hal-hal yang terjadi..


.


Dan baru-baru ini saya ada jumpa seorang sahabat, dia menyatakan bahawa seolah-olah berada di titik terendah dalam hidupnya.

Ada beberapa hal yang terjadi membuatkan dirinya tertanya-tanya, adakah dia berbuat kesalahan besar sehingga diuji dengan hal-hal sedemikian?


..

Perkara ini mengingatkan saya kepada kejadian yang menimpa saya pada tahun lepas itu.


Dan cuba teka nasihat mana yang paling membantu?


Nasihat dari teman yang ketiga.


Bukanlah bererti nasihat lain itu salah, namun ada waktunya, kita perlu berhenti dari mencari kesilapan, tetapi fokus pada solusi dan hal-hal baik yang kita masih mampu laksanakan.


Mungkin itu adalah cara Tuhan untuk mendekatkan diri kita denganNya lagi.

Mungkin itu adalah cara bagi Dia menjawab doa-doa yang kita panjatkan seharian, demi mengubah 'diri' kita.


.

Jadi, kesimpulannya, tetaplah melakukan hal-hal baik dan memperbaiki urusan kita dengan manusia dan Tuhan.


Ada ketika, ujian itu hanya salah satu cara untuk kita kembali ingat padaNya, pada saat kita hampir terleka dan mungkin akan terjatuh tanpa peringatan-peringatan itu.


Wallahualam.


   Masih belajar,

MQ

Comments

Popular Posts