KEMAAFAN
Aidilfitri adalah bulan yang seringkali dikaitkan dengan kemaafan. Waktu ni lah perempuan yang tak pernah bersalah, akan buat-buat minta maaf HAHA maafkan saya, gurau je tu.
Suatu ketika dahulu, kita selalu disuruh untuk lupakan sengketa lama, jika tidak, kita belum benar-benar memaafkan. Seolah-olah maaf=lupa.
Tetapi sebenarnya tidak semestinya begitu.
Ada waktu, kita boleh memaafkan dan perkara itu menjadi suatu perkara yang kita dah 'terlupakan'.
Tetapi mungkin sekiranya hal tersebut adalah hal yang sangat besar, tak semudah itu untuk dilupakan tetapi hati kita dah pun memaafkan, atau pernah memaafkan. Cuma ada ketika, ia kembali menyakitkan.
Adakah itu bermakna kita tidak memaafkan?
Adakah kita tidak cukup reda dengan ketentuan Tuhan?
Well.
Setelah saya cuba untuk fahamkan semula hal ini, saya merasakan jawapannya adalah tidak semestinya.
Dalam Islam, kita digalakkan untuk memaafkan. Tetapi saya tak ada jumpa lagi part melupakan tu.
Dan dalam psikologi pun, dalam tujuh tahap kedukaan (7 stages of grief) tidak ada part lupa. Yang ada hanyalah penerimaan dan ia boleh kembali kepada tahapan lain seperti marah, depres dan sebagainya.
Jadi melupakan..?
Saya rasa itu hanyalah kata-kata dari manusia untuk memaksa pihak lawan terima hal-hal buruk yang telah berlaku tanpa dendam.
Tapi, saya kini percaya, dendam itu juga boleh hilang dengan kemaafan tetapi kita masih ingat hal tersebut.
Sebenarnya, kita tak perlu lupa dan sebaiknya ambil pengajaran dari hal tersebut. Kerana kemaafan itu dari hati, dan ingatan itu dari tubuh badan kita (fizikal).
Maka, boleh jadi kita memaafkan seseorang, tapi ada satu saat, kita teringat dan kembali merasa sakit. Tidak mengapa.
Itu hanya menandakan kita ini adalah manusia.
Dan apa yang kita boleh buat jika kita kembali merasa sakit?
Maafkan, lagi dan lagi.
Kemaafan itu adalah untuk menjaga hati kita daripada sebuah dendam yang tidak terlihat, serta dari luka yang mungkin bernanah.
Perasaan itu akan datang dan pergi. Dan itulah selayaknya kita menerima kedatangannya, bukan menjemput rasa yang tidak diingini itu.
Dan saya rasa, untuk saat ini, itulah cara terbaik untuk kita handle rasa yang hadir itu.
Sekian, wassalam.
MQ
Kelantan.
.jpg)

Comments
Post a Comment