RAMADAN TELAH PERGI..

 Untuk kali ini, posting ini agak personal rasanya.


Selalunya, bila Syawal menjelang, kebanyakan dari kita akan bergembira termasuklah diri saya yang lepas.


Tapi untuk tahun ini, ia terasa berbeza.


Sewaktu pengumuman raya, saya berharap esok belum raya.

Saya rasa tak bersedia untuk ditinggalkan oleh Ramadan. Dan apabila ternyata raya hari Sabtu, saya menarik nafas lega dan terus berniat puasa.


Dan untuk malam ini, saya tahu. Tiada lagi niat puasa di bulan Ramadan untuk esok hari. Dan saya merasa sedih. 


.

Untuk tahun ini, saya mengambil langkah yang berbeza.

Beberapa hari sebelum, saya mulai bertanya sahabat handai, tentang persediaan Ramadan mereka. Sebab saya merasakan Ramadan itu juga perlu disambut kedatangannya. Cuma untuk kali ini, saya agak keliru. Dan pada akhirnya, saya membuat kesimpulan untuk menyambut dan menjalani Ramadan dengan sederhana. 


Tiada lagi target yang terlalu besar yang mungkin hanya memenatkan tanpa istiqomah. Sebenarnya, saya hanya berharap dapat melakukan sesuatu dengan berterusan meskipun hanya sedikit.


Mungkin itu yang membuatkan saya merasa hiba akan kepergian Ramadan kali ini.


Saya rasa, saya akan rindu pada bulan yang penuh kebaikan ini.


Kerana pada tahun ini, ada banyak hal yang saya pelajari secara tidak langsung, terutamanya mengenai bulan fastabiqul khairat. Ramai orang berusaha untuk berbuat baik sebanyaknya. Meski seorang kaki maki, cuba untuk buat sebaiknya dan merasa bersalah untuk memaki pada bulan Ramadan, dan saya rasa, entah.


Tuhan itu sangat baik kerana memberikan kita bulan Ramadan, kerana ianya adalah bulan yang menginspirasikan umat Islam bahkan bukan Islam untuk berbuat baik sesama kita.


Cantik kan, Ramadan tu?


Dan saya rasa sedih kerana ianya telah pergi untuk tahun ini.


Saya hanya mampu berharap agar 'Ramadan' itu akan tetap ada dalam hati kita, umat Islam.


Biiznillah.

Comments

Popular Posts