MALU

 Mungkin ini cuma random posting tetapi ianya adalah hal yang mula terlintas di hati saya sejak awal tahun lepas -- waktu saya nak clear kan Telegram Chat, dan saya terjumpa voice note yang saya pernah rakam untuk menghafal satu hadis -- berkenaan 'Kalau hilang sifat malu seseorang itu, maka berbuatlah sesuka hatinya,' -- sesuatu yang lebih kurang begini bunyinya. 


Yang mana saya ada kongsikan dapatan tu kepada seorang sahabat yang belajar hadis, dan saya rasa dia hanya mengangguk kepala dan menyebut hadis tersebut dalam bahasa Arab --which obviously I dah lupa lah.


Dan saya sedang baca satu buku himpunan hadis bertajuk 'Bukan Begini Sikap Rasulullah' yang mana pada asalnya saya beli sebab saya ingatkan itu adalah buku tentang sirah - tak perasan pun itu adalah buku hadis dan saya tak pernah terlintas untuk baca hadis sebab skeptikal terhadap hadis (takut ter-amal or ter-sebarkan hadis yang salah), dan dalam buku ni bab 34 muka surat 127, juga ada menyebut tentang sifat malu pemimpin muslim.


Dan dalam buku itu ada menyebut bahawa sifat malu itu adalah sebuah nikmat -- yang mana ianya adalah perisai kepada muslim daripada berbuat kerosakan ataupun hal-hal yang boleh menjatuhkan maruah diri seseorang.


Dan sebagai seorang Generasi Z yang awal, kami sempat berada dalam zaman kanak-kanak tanpa teknologi serta membesar dalam teknologi yang semakin pesat.


Kenapa saya menyebut berkenaan teknologi tiba-tiba?


Sebab saya merasakan teknologi ini membuatkan kita sebagai seorang muslim, lebih mudah untuk di 'kotori' dengan agenda barat terutama berkenaan seksualiti, hal-hal berkaitan nafsu atau bahkan pada sekadar niat asal nak berkongsi tapi tak peduli tentang aurat mahupun aib. 


Sedih, bukan?


Dan sebagai seorang yang belajar dalam bidang teknologi, kami pernah diberitahu tentang teknologi ini semakin lama semakin pesat. Bayangkan, waktu itu, AI adalah hal yang digunakan dalam research ataupun kajian saintifik, tetapi sekarang, budak sekolah pun dah didedahkan dengan penggunaan AI.


Jadi, bagaimana kita sebagai seorang dewasa, mampu membendung gejala bebas daripada merosakkan anak-anak di masa hadapan?


- Ini adalah soalan yang saya masih mencari jawapannya. Meskipun saya ada terfikir jawapan, tetapi mungkin ia layak untuk kekal sebagai persoalan yang perlu difikirkan oleh setiap dari kita.


Yang masih belajar,

MQ

Comments

Popular Posts