JANGAN MELAWAN TAKDIR

 Umum mengetahui takdir bukan untuk dilawan. Tetapi kadang kala, kita masih lagi merasa seolah-olah ingin melawan takdir yang kita belum tahu apa hikmahnya.


Atau mungkin, kita terlalu cepat mencari hikmah disebalik takdir yang kita merasakan seolah-olah 'petanda dari Tuhan'.


Kita terlalu gopoh dalam hal-hal besar yang dianggap kecil.


Kita menolak hal yang 'mustahil' untuk kita, sedangkan tiada yang mustahil dengan izinNya.


Fikiran itu bercelaru, tetapi kita menganggap itulah yang selayaknya, itulah yang 'lebih suci' untuk diri kita.


Sedangkan, kita juga adalah manusia yang berupaya dan semestinya akan terjatuh dan terbuat sekecil-kecil mahupun sebesar-besar kesilapan. 


Jika kita melihat kisah kebijaksanaan Nabi Khidir sewaktu bersama Nabi Musa, kita mampu belajar dan memahami hikmah setelah diajarkan oleh Tuhan.


Bagaimana pula sewaktu sebelum kita tahu hikmahnya?

Adakah kita berlapang dada dan menerima ujian yang ditakdirkan buat kita, ataupun, hanya berserah dan pasrah atau secara normalnya, menangis, merayu, mempersoalkan kenapa, kenapa dan kenapa?

...


Di mana atau apakah posisi hati kita tatkala dilanda kesukaran yang melampau?


Adakah kita berputus asa?

Adakah kita melawan takdir itu?


Atau, adakah kita menerima dengan sabar dan menanti kebaikan yang Tuhan akan berikan setelah itu?


Bukankah dalam setiap kesukaran itu ada kemudahan?

Bahkan dua kali Tuhan menyebut kata-kata ini, menandakan, pelangi itu pasti akan muncul jua. Hanya masa sahaja yang menentukan.


.

.

.

Persoalannya, adakah kita sabar dan tabah ketika ujian itu sedang menimpa, atau.... sebaliknya.


MQ

Serdang, Selangor.

22.51

Comments

Popular Posts