SEMBUH

 "Ada ke orang yang tak nak sembuh?"

Aku berhenti seketika daripada meneruskan pembacaan, lantas memerhatikan si penanya. Menyedari mukanya serius, aku menyusun ayat dengan berhati-hati, "Ada."


Aku membiarkan jeda yang sedikit lama sebelum menyambung, "Ada orang, katanya nak sembuh, tapi dia tak berusaha ke arah kesembuhan. Keinginan dia tak cukup kuat untuk dia memulakan perjalanan sembuhnya." Aku hanya melihat ke arah dinding seraya menyambung, "Kadangkala, ada jugak yang tak nak sembuh, sebab tak nak mengaku dia sakit. Contoh yang paling mudah, orang narsistik. Orang narsistik la yang paling susah sembuh sebab dia tak mengaku narsistik. Tapi orang yang kena interact dengan dia, boleh trauma."


Dia hanya diam, entah dapat terima ataupun tidak apa yang aku baru sahaja bentangkan.

"Kemudian, orang yang merasa selesa dengan kesakitan yang dia alami. Bagi dia, sakit ni lagi mudah, dah tahu apa expectation untuk diri, dan tak perlu nak bersusah-payah berusaha untuk benar-benar sembuh."


"Sembuh ni perlukan keinginan yang paling dalam, supaya kita sanggup untuk berusaha. Kalau tiada kemahuan, usaha tu susah nak dicapai.."


"Kalau orang tu memang dah blur, tak tahu langsung nak start dari mana?"


"Camtu, doa lah banyak-banyak. Untuk Tuhan tunjukkan jalan."


"Ada kawan haritu, dia tak pakai tudung, tapi masa saya jumpa dia, dia dah pakai tudung. So saya tanya la macam mana dia berubah? Dia cakap dia doa je. Pastu jumpa lelaki yang baik, kahwin, sekarang dah elok."


"Sebelum dia doa tu, sebenarnya ada satu benda yang dia tak sebut. Cuba teka apa?"


"Entah?"


"Keinginan. Doa takkan dibuat kalau kita takde keinginan. So yang utama adalah keinginan tu dulu. Doa tu salah satu usaha dia."

Comments

Popular Posts