JODOH

 Entah kenapa lagu Najwa Latif tiba-tiba terngiang dalam kepala. The only word yang muncul adalah perkataan jodoh. Haha.


Aku pernah tanya seorang sahabat, "Macam mana boleh rasa yakin nak kahwin?"

And she said, "You'll just know."

"Macam mana nak bersedia untuk berkahwin?"

"Kita takkan tahu. Tapi suatu saat, kita akan merasa yakin."


Dan aku pernah tak faham dengan apa yang dikatakannya. Dan seolah-olah tidak percaya akan jawapan itu.


Sehingga suatu saat, aku jumpa seseorang yang mana hati aku terus mengatakan, 'Dialah orangnya.'

'He's the one.'


Only to learn that dia tak rasa apa yang saya rasa.


Dan saya merasakan, itu adalah suatu pengajaran terbesar buat saya.


Meski pada awalnya saya merasakan itu semua kerja Tuhan, mengaturkan hal sebegitu, namun ia bukan lagi dilihat sebagai suatu kekalahan bagi diri saya.


"I can't handle you."

Kata-kata itu cukup untuk merobekkan segala harapan yang terbina atas dasar keyakinan pada takdir Tuhan. Ia juga hancur, semestinya dengan izinNya.


.


Dan nak tahu apa yang saya baru belajar recently too?


Saya baru sedar, bahawa meski jodoh itu dari Tuhan, tetapi kita sebagai hamba, turut perlu memainkan peranan masing-masing. 


Kita tetap perlu memilih siapa yang akan kita kahwini, bukan hanya menanti seperti pungguk rindukan bulan.


Dan jika sebelum ini saya hanya berharap agar tidak dipanjangkan umur terlampau lama, tetapi kehadiran dirinya telah membuka hati saya untuk mempelajari banyak hal-hal baharu, termasuk menemui hadis-hadis yang membuka minda, bahawa orang yang baik adalah orang yang panjang umurnya dan menggunakannya untuk kebaikan.


Maka siapa saya untuk mempersoalkan sebuah kehilangan?


Kerana kehilangan itulah yang membuka pintu-pintu baharu.


Termasuklah pintu keyakinan bahawa Tuhan itu sangat baik dan mencintai hambanya yang sentiasa bertaubat.


Wallahualam.


MQ

23 Mac 2026

Isnin

Kelantan.

Comments

Popular Posts