BAGAIMANA NAK MOVE ON?

 Tajuk kalini agak kelakar sebab I tak fokus pada move on and fokus pada life I je -- which would be the answer to the question. Tapi disebabkan I banyak ditanyakan dengan soalan ini, so jomlah kita. 


Sebenarnya saya dah pernah tulis pasal move on dan pandangan saya berkenaan perkataan ni, boleh cari kat posting sebelum ni (tahun ni - pi cari sendiri haha). Dan kalau ikutkan sebelum ni masa I sekolah dulu, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk I akhirnya betul-betul move on dari ex boyfriend yang pertama. Sebab masa tu I tak pandai handle lagi emosi dan I tak nak layan perasaan -- which bila I consult dengan senior pun, most people cakap, "Jangan layan perasaan sangat, Syadaa." 


Yang mana, I cuba, tapi dalam masa yang sama, I deny perasaan tu. 

Technically, bila you tak boleh layan sesuatu, you kena letak tepi la benda tu kan? Dan itu adalah kesilapan  pertama I. 


Jadi I elak daripada jatuh cinta dari zaman sekolah sampai dewasa sebab I tahu faktanya -- You fall in love, you'll get hurt. Tak kira lah betapa baiknya lelaki tu, tapi bila kita izinkan emosi kita attached dengan sesuatu atau seseorang, bila ia hilang, kita akan sakit. Jadi I elak -- kesilapan kedua.


TAPI, I belajar along the way bagaimana nak uruskan emosi dan ekspektasi kita terhadap seseorang atau sesuatu perkara bila kita dah attached dengan mereka. Thanks to my therapist sebab dah tunjukkan jalannya meskipun secara tak langsung je tu I belajar. Dan I juga belajar untuk talk to people on what I actually feel which would be the tips on how to have a secure relationship -- I mean, I nak bersedia dulu sebelum I jump into relationship again. 


Tapi itu bukan hal yang I nak kongsikan harini la. Jom kita kembali kepada topik asal -- MOVE ON.


Gambar from Google

Jadi, sebelum kita mulakan topik nak Move On, kita kena faham, terjemahan move on tu adalah bergerak -- bergerak ke mana? Ke hadapan lah. 

Tapi kalau kita nak bergerak, dalam masa yang sama kita membawa baggage ataupun bagasi (beg besar) yang berisi dengan perasaan denial, marah, rasa bersalah, rasa tertekan, memang kita akan sukar nak berjalan dan perjalanan tu akan lambat. Boleh sampai destinasi, tapi susah.

Ada orang, dia boleh letak tepi emosi, campak dalam tong sampah tapi tong sampah tu dia bawak sekali, akhirnya akan meletup juga suatu hari nanti. Atau dia simpan, simpan dan simpan lama-lama, berhenti daripada mengambil 'sampah' yang sama atau kalau dia nampak, analisa itu mungkin boleh jadi 'sampah' yang sama, pun dia tepis dan akhirnya dia rasa dia berjaya. 

Pastu meroyan sorang-sorang. Kahkahkah. Siapa yang salah? 

I ada satu cerita, masa haritu keluar dengan family besar, ada anak kakak I sekali. Dia umur 2 tahun. Satu masa ni, dia mengamuk nak sesuatu tapi speech dia tak tepat lagi. So orang tak faham dia nak apa. Dia mengamuk, menangis tak berhenti. Even bawa dekat mainan pun tanak. Berjam jugakla rasanya dia jerit-dan-nangis. Budak laki pulak tu, bayangkan jela dekat mall mengamuk, haha. 

Lastly, kami decide untuk masuk kereta dan dia makin kuat nangis masa nak masuk kereta tapi pasang video lori (sebab dia minat lori and angguk masa tanya nak tengok lori ke?). So bila dia senyap, kami tanya balik, dia nak apa sebenarnya sampai nangis camtu? Kami cuma dengar dia sebur "Nak nana." which kami tanya nak banana ke? Dia geleng. So, memang keliru.

Tapi, disebabkan dia punya nangis lama sangat, saya sendiri rasa dia dah lupa kenapa dia nangis. Yang dia tahu, dia tengah throw a fit and benda tu berlarutan sampai dia tak boleh jawab kenapa dia nangis. 

Jadi, adakah kita nak jadi macam budak kecik tu? Nak biarkan satu perkara berlarutan sampai lupa, tapi then mungkin akan buat silap yang sama, sebab kita tak belajar dari perkara tu.

Tapi saya tak nak sebut pasal belajar dari kesilapan la dalam posting ni, cuma nak sebut, jangan abaikan perkara yang besar untuk kita.

Emosi - ia adalah perkara yang datang dan pergi.
Ia seperti tetamu yang ketuk rumah kita, kalau kita tak bagi, dia akan pergi, tapi dia akan kembali.

Jadi, izinkan untuk ia masuk ke ruangan hati kita, dan bila kita rasa dah cukup untuk sekarang, lepaskan dia dan suruh dia balik.

Next time dia datang, kita treat dia as a tetamu again, dan dia akan pergi atau kita rasa dia tak boleh stay any longer, then suruh dia pergi.

Saya sendiri pun belajar cara untuk handle emosi ni, dan bak kata my therapist, emosi ibarat Touch & Go. Dia datang dan pergi. 

Kalau kita tak izinkan dia untuk masuk, dia akan jadi suppressed emotion. Bottled up. Macam dalam cerita Inside Out 2. Satu saat, bila ia dah tak dapat ditampung, ia akan pecah. Dan itu la yang boleh jadi disorder. Ini secara teknikal jela.

So, ini adalah sistem badan kita yang mana kita tak boleh nak elak. 7 Tahap Kedukaan atau 7 Stages of Grief tu seseorang manusia mesti akan lalui kalau perkara tu buat dia sedih.

Kita tak boleh nak terus letak tepi dan buat macam tak ada apa-apa sedangkan kita tengah sedih. Tapi 7 tahap tu pun bukan datang secara stage 1-stage 7, tapi dia akan berulang-ulang juga kadang-kadang, dan itu tak bermakna kita tak move on.

Boleh rujuk penulisan saya yang sebelum ni jugak berkenaan move on tu.

kbye.

Yang masih belajar,
MQ


Comments

Popular Posts