TEMAN
Ada banyak perubahan dalam kehidupan saya yang saya tak sangka serta bagaimana ia telah membentuk diri saya. Dan saya rasa seolah-olah jatuh cinta pada diri sendiri despite all of the challenges, saya masih hidup dan bahagia -- which ni semua kerja Tuhan jugaklah, tapi I did some, iaitu usaha untuk belajar, kenal orang baru, tanam corak pemikiran yang baru, dan lain-lain. Allah takkan ubah sesuatu kaum, kalau kaum tu sendiri tak usaha nak ubah dan ini adalah dalil dalam Surah Ar-Ra'd;
Ia secara tak langsung mengingatkan siapa yang menjadi teman saya dalam beberapa tahun belakangan ini. Sejujurnya saya banyak bergerak secara solo, tetapi Tuhan mendatangkan beberapa ketul manusia baru yang 'stay' dalam kelompok kehidupan saya. Ada yang ajak saya lepak, ajak hiking, beraktiviti, atau mungkin sekadar ajak teman makan dan kemudian kembali ke kehidupan masing-masing. Se-simple itu.
Dan secara tidak langsung, mereka juga yang membantu membentuk corak pemikiran saya meskipun ia sekadar duduk diam dan buat kerja bersama. Ia tidak perlu sesuatu yang fancy/blingbling atau mahal atau perancangan rapi, tapi sebenarnya itu yang cukup buat diri saya. Hanya sekadar 'ada' untuk masing-masing. Dan ia mengingatkan saya pada salah satu ayat favourite saya, iaitu "Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan kecuali mereka yang bertaqwa."
Dan semalam pun seorang sahabat tu ada tanya, "Orang yang dah akhir 20-an hidup seorang, tak rasa sunyi ke?"
Dan saya secara berselorah hanya menjawab, "Orang yang umur 60-an pun boleh rasa sunyi, orang yang dah kahwin pun boleh rasa sunyi, orang yang duduk dalam train ramai-ramai pun boleh rasa sunyi. Awak ada perasan tak bila yang awak rasa tak sunyi?"
"Ada, bila bersama dengan kawan-kawan madrasah."
Saya tersenyum, kemudiannya menjelaskan, kesunyian itu bukan tentang umur, situasi atau status seseorang. Ia adalah keadaan hati kita yang meminta untuk diisi.
Dan macam mana nak isi hati kita?
Dengan zikrullah.
"Ala bizikrillahitatma innulqulub; dengan mengingati Allahlah hati akan menjadi tenang tenteram."
.png)
.png)
.png)
.png)
.jpg)

Comments
Post a Comment