'THE FEAR' - KETAKUTAN

 Aku sedang menunggu di kerusi besi. Ada dua orang di sebelah, sedang berbual, atau lebih kepada di interview. Aku hanya melihat ke arah telefon pintar di tanganku, tidak berminat untuk scroll media sosial, apatah lagi untuk mencuri dengar perbualan orang di sebelahku itu.


Tetapi ada satu perkataan yang disebut oleh gadis itu berkali-kali, dalam konteks yang berbeza namun pengulangannya agak jelas dan dekat. 


"Saya takut kalau..." "...jadi saya takut," dan banyak lagi.

Walaupun saya tidak mengambil peduli tentang perbualan mereka, tetapi saya tidak dapat mengelak daripada terdengar perkataan itu. Berulang-ulang.


Lantas terfikir, 'Dia ada OCD ke? Ke anxiety?'
Waktu itu aku banyak baca tentang OCD dan salah satu perkara yang menghantui mereka yang di diagnose oleh doktor pakar dengan Obsessive Compulsive Disorder (OCD) adalah rasa takut. Takut akan kuman - membuatkan mereka jadi pembersih yang terlalu menjaga sehingga mengganggu fungsi hidup sendiri atau orang lain. Takut pada kegagalan, menjadikan mereka perfectionist sehingga anxious kalau benda tak perfect. Takut ada sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya mereka tidak mengikut apa yang sepatutnya betul atau perlu dibuat sebegini atau sebegitu.


Dan banyak lagi.


.


Apa pun, itu cuma andaian saya yang bukannya doktor pakar. Saya tak layak nak diagnose orang. Dan saya hanya tahu sedikit berdasarkan pembacaan dan pengalaman dengan orang-orang yang dalam niche kesihatan mental. 


Jadi, berkenaan dengan ketakutan tu, sebenarnya perbualan mereka tu sedikit sebanyak buatkan saya refleksi diri. Saya rasa saya juga pernah berada dalam situasi gadis tersebut. Terlalu banyak perkara yang saya takutkan, seolah-olah saya perlu berjalan di atas kulit telur (walking on the eggshells).


Tetapi hari demi hari, minggu bertukar ganti, bulan dan seterusnya tahun, saya sedar yang saya dah keluar dari ketakutan tu.


Perkara pertama yang saya lakukan adalah solo travel ke Indonesia. Tanpa sebarang rancangan rapi (those yang kenal saya tahu lah betapa rapinya sesuatu perancangan tu perlu dilakukan sebab saya tak suka benda yang unexpected), saya beli tiket flight dan kemudiannya jumpa dengan seorang perempuan yang saya tak kenal di sana untuk travel bersama on certain days. 


Itu perkara yang paling random aku pernah buat tanpa perancangan dan penuh dengan rasa reda kalau things went badly. I mean, aku memang letakkan tawakkal 100% dekat Tuhan je waktu tu. Itu adalah permulaan tahun 2023 saya. Dan sepanjang tahun itu, ada sangat banyak aktiviti yang saya lakukan, sama ada bersendirian, atau mengajak teman.


Saya yang selama ini merasa lebih 'selamat' duduk dalam 'gua' sendiri, tak keluar bersosial melainkan di ajak, melakukan perkara yang sangat berbeza pada tahun itu. Atau lebih tepat, bermula tahun itu.


Tapi penulisan ni bukannya nak cerita tentang saya semata. 


Ia adalah berkenaan, bagaimana kita, semua daripada kita ini boleh membuat satu perubahan besar dalam hidup. Bermula dari satu perkara.


Dan sejak dari situ juga, saya mengajak rakan-rakan saya untuk berani mencuba. Kerana setelah kita atasi sebuah perasaan yang kita rasa mustahil, kita akan rasa 'lebih hidup'. Ia hanya memerlukan satu langkah pertama untuk akhirnya berani atasi ketakutan demi ketakutan.


Yang masih belajar,

MQ

Comments

Popular Posts