HELLO 2020-6

 Ohheyyy! Actually tengah buat assignment, esok kena present tapi saja, bosan asyik serius je dah berbulan-bulan I nak kena serius je kerjanya HAHAH. So kita lari jap, keluar dari "formal writing" dan menulis dengan bebas. 


So, bebas. Apa definisi bebas?


Ah tiber. My mind masih lagi tak boleh keluar haha. Dia kelakar bila kena train my brain ni, and talking about brain training, I think I'm proud of myself sebab sepanjang 2025 yang lepas (ceh lepas lah sangat), I banyak belajar untuk train otak I. Sekarang pun masing dalam proses training, tapi dah semakin baik alhamdulillah..


Rasa macam baru semalam je I kenal this one person ni tapi rupanya dah hampir setahun berlalu. I terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dan hal lain yang memerlukan untuk I mourning juga so hm, yeah. 


You know what, kadang I rasa macam, sebagai penulis, I kena hati-hati dalam menekan papan kekunci ni sebab ada banyak mata-mata yang memerhati dari pelbagai sudut. Kadang rasa macam terdedah jugak apa yang I cuba nak sorokkan tapi kadang I kongsi tu memang random pun. Siapa yang follow Instagram I tahu la apa yang I maksudkan.


Sekarang, I dah jarang posting sebab IG I dah tak private for friends and family dah. I ada second IG untuk girls only tapi jarang sangat buka sebab first account I memang yang open tu. Dia rasa tak best nak aktif kat situ sebab dah biasa aktif kat IG utama tu haha. 


Also, penulisan ni pun random. I tak ada sebarang objektif pun apa yang I nak tulis ni cuma nak isi-and-buang-habuk kat blog ni je haha. 


...

Izinkan untuk aku bercakap mengenai takdir buat seketika.


Takdir, adalah sesuatu yang kadang, kita tak expect pun ia akan berlaku.


I banyak juga belajar untuk terima takdir waktu tahun 2025. Dan tahun-tahun sebelumnya.


I pernah mempersoalkan hakikat kerana I rasa sangat penat dengan hal-hal yang terjadi dalam hidup I waktu tu. Tapi I juga belajar untuk menerima.


Menerima dengan reda, menerima bahawa aku bukanlah 'Sang Pemilik Tinta Kehidupanku'.


Tapi aku mampu mencoretkan bagaimana caranya untuk aku 'deal' dengan takdir itu.


Ada orang pernah tanya I, dia ada dapat soalan, "Macam mana nak elak daripada ---," aku lupa elak daripada apa the exact soalan dia, tapi ia berkaitan dengan simptom penyakit mental.


Yang mana, simptom tu kita tak boleh elak. Tapi kita boleh atasi dengan cara kita hadap benda tu atau bersedia agar tak terkena simptom tu atau 'relapse' lagi. Relapse tu maksudnya dapat penyakit tu berulang lagi and selalunya ia sama teruk macam mula-mula dapat sakit tu, tapi yang pastinya tempoh nak rawat dia lebih lama berbanding pertama kali.


Contoh. Ali pernah didiagnose dengan MDD atau clinical depression. Pertama kali makan ubat, simptom Ali hilang selepas sebulan-dua makan ubat. Kemudian Ali berhenti makan ubat tanpa saranan doktor, dan kemudian simptom MDD tu datang balik. Ha tu relapse. And nak ubati dia akan ambil masa mungkin 2-3 bulan untuk sembuh.


Bak kata doktor yang I borak ni, dia macam you bawak kereta, masuk lubang besar. Pertama kali mungkin kena align kan tayar je. Tapi kalau lepas tu you jatuh ke lubang besar lagi, ada kemungkinan sportrim you pun boleh bengkok. So kena masuk bengkel lagi lama. Gitula katanya. Ni I rephrase ayat beliau la haha.


Ok lah dah lewat, I kena tidur. Esok jela RPH hahah.

Comments

Popular Posts