PENCARIAN
Hati kita sentiasa mencari. Sentiasa ingin dipenuhi.
Hati itu hakikatnya sentiasa ingin mencintai sesuatu. Baik dari sudut dunia; pasangan, harta, ilmu dan sebagainya, atau bahkah dari sudut akhirat itu sendiri.
Kita tak boleh berhenti daripada jatuh cinta.
Cinta itu adalah sebuah rasa yang fitrah.
Tetapi kita boleh berhenti daripada berinteraksi dengan hal-hal yang kita cintai, sekiranya ia tidak baik untuk kita.
Kita mampu untuk meletakkan tembok, tak perlu terlalu tinggi tapi cukup untuk ianya sekadar wujud dan kita tahu kewujudannya.
Hakikatnya, hati kita akan sentiasa inginkan sesuatu. Itu adalah sifat manusiawi. Yang membezakannya antara baik dan buruk adalah bagaimana kita mengurus hati itu.
Nafsu -- wujudnya untuk kita belajar mengurus. Hati juga perlu diurus.
Jatuh cinta itu bukan sekadar 'Aku mengizinkan diriku untuk jatuh cinta', tetapi juga bagaimana aku menguruskan rasa cinta itu.
Cinta yang tidak diurus dengan baik, akan mendatangkan bala bencana terhadap si pencinta tersebut.
Mungkin itulah kenapa ada manusia yang bila mana mereka bercinta, mereka seakan gagal dalam mencintai selayaknya.
.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aku belajar untuk menguruskan emosi. Terutama apabila perlu menguruskan anak-anak OKU di pendidikan khas.
Aku perhatikan bagaimana orang di sekeliling aku menguruskan emosi mereka. Ada yang bagus, aku jadikan sebagai panduan. Yang kurang baik, aku jadikan teladan.
Ada banyak sangat keburukan jika kita gagal menguruskan emosi -- terutamanya jika kita turut mencintai.
Cinta itu perlu dipelajari.
.jpg)

Comments
Post a Comment