"LARI" atau "MOVE ON" (?)
"Saya rasa macam hidup ni, umpama kita lari dari sesuatu je," Aku menuturkan kata-kata sambil fikiranku terarah pada seseorang yang tiada di situ. Suf pandang aku dengan wajah yang tak setuju. Rakan-rakan lain turut bagi perhatian dekat aku.
"Dont you think so?" aku bertanya soalan sambil mengerling ke arah mereka.
"Tak." Suf menjawab, lantas menyambung, "Apa yang buat Syu cakap macam tu?'
"I don't know, it's just, rasa macam, kita nak kena lari dari rasa-rasa yang kita tak suka. Lari dari hal-hal yang kita tak gemar." Fikiranku masih lagi terarah pada orang-orang yang menunjukkan bahawa mereka sedang 'lari' dari sesuatu. Lari dari perasaan. Lari dari perkara yang menyakitkan. Lari dari urusan yang menyukarkan hidup. Lari dari sesuatu yang tidak lagi mampu untuk dimiliki.
.
Dalam beberapa ketika ini, aku asyik ditanya dengan soalan berkenaan 'move on'. To be honest, aku dah letak tepi perkataan move on tu. Ia seolah-olah tidak lagi mengundang apa-apa makna buat diriku.
Move on hanya sekadar perkataan. Sejak hidup aku dikelilingi pelbagai jenis circle seperti kesihatan mental, belajar, kerja, travel, hiking dan sebagainya, aku lebih memilih untuk melihat kehidupan dengan lebih luas.
Perkataan move on hanya membuatkan hidup kau terasa terhenti. Sedangkan masa ini sentiasa berjalan. Ia tak menunggu untuk kau 'sembuh' terlebih dahulu. Kedengaran seperti kejam, tetapi itulah hakikatnya.
Tetapi bukan setiap masa kau perlu melaju, ada masanya kau masih perlu untuk membenarkan hidup kau terhenti buat seketika.
Untuk kau menghargai hal-hal kecil yang ramai orang terlepas pandang. Bukan sekadar kau perlu travel ke luar negara baru lah kau boleh berhenti dan hargai hal-hal kecil itu.
Meskipun sambil travelling untuk pergi-balik kerja, menunggu di dalam kereta, kau masih boleh perhatikan sekeliling dan cuba melihat daripada perspektif yang berbeza. Setiap kereta itu, ada manusia yang mengisinya. Setiap manusia, ada pelbagai ragam dan cerita. Hal-hal kecil sebeginilah yang membolehkan kita mensyukuri apa adanya.
Hidup ini terlalu luas untuk kita meletakkan kehidupan kita hanya sekadar 'ingin move on', 'berjaya move on', dan sebagainya.
Move on hanyalah satu istilah, yang lebih kurang sama seperti 'lari' dari kehidupan lama.
Maka, fokuslah pada meletakkan kehidupan masa kini kita sebagai matlamat utama. Hidup dengan lebih tenang. Hidup dengan lebih banyak rasa.
Kurangkan hidup dengan penyesalan. Nikmatilah setiap rasa. Rayakan setiap hal hebat, meskipun ianya kecil di mata orang.
MQ
Januari 6, 2026
Selasa
Kelantan.
.jpg)

Comments
Post a Comment