HIDUP

 Semua yang membaca penulisan kalini, mesti semuanya hidup, kan? I mean, mustahil la tak hidup boleh membaca, ye dak? Haha.


Sebenarnya saya tiada topik yang benar-benar membuatkan saya nak menulis sekarang ni, tapi disebabkan saya dah letak dalam perancangan hari ini untuk menulis blog, maka saya cuba untuk menulis meskipun belum terfikir topiknya. 


Dan disebabkan itulah, saya meletakkan topik hidup. 

Sebab semua orang pernah hidup. Dan masih hidup. Kalau tak hidup, dia tak terbaca lah posting ni. Tapi, sejauh mana kita benar-benar hidup atau menghidupkan kehidupan kita?


Masing-masing ada struggle, tapi bukan struggle yang saya nak sebut disini. 


Hanya secebis -- hidup. 


Adakah kita merasa puas dengan kehidupan yang kita sedang jalani? Bahagia, meski ada hal-hal yang Tuhan belum takdirkan buat kita, mampu merasa diri ini benar-benar hidup di atas muka bumi ini?


Bagi yang hidupnya pernah merasa kehilangan perkara yang besar dalam kehidupan mereka, agak-agak apa yang mereka rasakan waktu itu?


Rasa kehidupan ni tak adil?

Rasa hidup seolah-olah tiada erti?

Atau mungkin ada yang sehingga rasa dah tak nak hidup and berharap agar kehidupan dapat berakhir pada saat itu juga, tidak lagi berharap pada dunia dan mungkin kehidupan akhirat je yang membuatkannya terfikir untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membuatkan dirinya menyesal suatu saat nanti.


Ianya menyakitkan. Lebih-lebih lagi bila kita menghayati ayat al-Quran yang mengatakan hidup ini adalah senda gurau. 



Kita tengah sakit, tapi diingatkan tentang hidup ni nothing. It might hurt us more, right?


Tapi hakikatnya, jika kita benar-benar faham konsep hidup dekat dunia ni, mungkin ujian itu sebenarnya kecil dan jika kita masih lagi memilih sabar dan ingat Dia, suatu saat nanti bila kita dah keluar dari kesakitan tu, kita akhirnya dapat mengucapkan rasa syukur atas nikmat ujian tersebut.


Ini secara teori. Tapi teori ni proven dalam AlQuran, hadis dan sirah. Dan hakikatnya, memang berat untuk kita sebagai manusia yang merasai kesakitan tersebut. 


Jadi apa yang kita boleh buat?


Sabar, sabar, dan sabar. Serta banyakkan zikrullah. Kerana Tuhan itu tidak zalim pada hambaNya yang yakin padaNya. Allah itu kan menurut sangkaan hambaNya? 


Bismillah. Kita cuba lagi. Ok? :)


Masih Mencuba,

MQ

Comments

Popular Posts