BERDAMAI - BERGURU
Tahun lepas, saya dapat satu nasihat ataupun amanat terakhir daripada seseorang, untuk berdamai dengan diri sendiri.
Waktu tu saya tak faham apa maksud dia. Sebab saya rasa saya dah buat sehabis baik untuk diri sendiri. Dan waktu hujung tahun lepas pun I siap dapat pujian daripada terapis I, sebab masa tengah borak tu, I berjaya tepis sendiri fikiran yang cuba nak jatuhkan semangat ataupun motivasi I.
Then bila I borak dengan 'terapis' yang I belanja makan (HAHAHA) pun, I baru sedar yang selama ni I buat benda yang betul tapi I tak yakin dengan diri sendiri. I rasa I main buat je ikut apa yang I rasa betul and bagi ketenangan dekat diri I, kiranya I berguru dengan alam dan instint je HAHAHA tapi rupanya betul. And then I rasa best la bila kita ada terapis dalam hidup ni. Sebab mereka lah guru kehidupan untuk I.
Sebagai seorang yang hidupnya dikelilingi sains dan logik, dari kecil suka baca fakta (tapi tak minat subjek sejarah), tapi bila besar ni tiba-tiba jumpa orang yang kehidupannya adalah sentiasa berguru, I rasa macam, wow. I baru sedar pentingnya ada guru dalam kehidupan ni.
.
Jadi, apa perkaitan berdamai dengan berguru?
.
Apa yang saya nak maksudkan adalah, dengan adanya seorang guru, seorang yang kita boleh tanya soalan sekiranya kita terasa seolah-olah semakin jauh dan tenggelam dalam fikiran dan logik sendiri, kita akan lagi mudah untuk berdamai dengan sesuatu perkara.
Dan, kat sini saya nak tegaskan, jangan biarkan robot mengambil alih tugas seorang guru tu. Bahaya.
AI, ataupun Artificial Intelligence tu, nampak je bijak. Contoh ChatGPT. Ianya adalah sebuah mesin/robot yang belajar untuk respond menerusi cara yang dia nampak 'sesuai' dengan kita. Dan benda ni boleh jadi bahaya sebab dia akan 'layan' kau sampai kau terbuai-buai dalam fikiran sendiri. Terutama sewaktu kita dikawal oleh emosi.
..
Dan saya semakin faham kenapa kadangkala sukar untuk kita berdamai dengan diri sendiri, iaitu fikiran yang berulang-ulang, rasa yang menekan, dan saya semakin sedar, mungkin satu saat kita dah boleh berdamai dengan hal-hal yang menyakitkan atau tidak disukai, tetapi pada saat yang seterusnya, tiba-tiba ada sesuatu berlaku (trigger) dan kita seolah-olah kembali berperang dengan rasa itu.
Dan saya rasa ianya normal. Ia tak bererti 'Aku belum reda' atau 'Aku tak maafkan lagi ke?' atau apa-apa hal yang membuatkan kita berfikiran negatif terhadap diri sendiri.
Reda dan ikhlas itu adalah sebuah rasa yang kita takkan mampu nak judge diri sendiri. Begitu juga dengan damai. Ianya adalah sebuah rasa, bukannya sebuah perbuatan. Rasa itu akan terlahir dengan sendirinya setelah kita melaksanakan perbuatan. Antara contoh perbuatan adalah memaafkan.
Jika kita masih terbayang perbuatan atau perkara yang kita tak suka tu, tak apa. Cakap je, 'Saya maafkan.' Sama ada maafkan orang yang berbuat hal yang tak sepatutnya tu, mahupun diri sendiri.
Kalau rasa sakit untuk maafkan pun, tak apa. Cakap je 'Saya maafkan,' dan cuba untuk memaafkan tanpa paksa.
I think itu salah satu cara untuk kita belajar berdamai. Dan kalau sakit sangat dan tak boleh maafkan, waktu itulah kita perlu untuk jumpa seorang 'guru'. Tak perlu seseorang yang bergelar cikgu atau guru, tapi seseorang yang kita boleh yakini judgement ataupun nasihat dia.
Well, that's my 1 cent for today. Bye!
Yang masih belajar untuk berdamai,
MQ
.jpg)

Comments
Post a Comment