KOSONG - 0

 Seringkali kita merasakan suatu 'keanehan' yang wujud tiba-tiba tanpa kita faham apakah rasa itu.


Kita tertanya-tanya, 'Apa yang tak cukup lagi?' dan mungkin tanpa kita benar-benar menghayati 'rasa' itu.


..


Rasa kosong, rasa hilang, rasa rindu, rasa tidak cukup, meskipun pada hakikatnya kita merasakan hidup kita sedang baik-baik sahaja.


Tetapi kenapa rasa itu tetap wujud?


'Adakah aku tidak cukup bersyukur?'

'Adakah sesuatu yang belum cukup dalam kehidupan aku?'

'Adakah aku belum merasakan cukup dengan apa yang Dia anugerahkan buat diriku?'


.

Persoalan-persoalan itu mungkin kadang kala muncul tanpa kita benar-benar faham tentang 'kenapa' itu.


.


Apa yang kita boleh buat?


.

Setiap rasa itu meminta untuk diisi. Dan pengisian itu mungkin tidak perlu untuk kita belanjakan banyak wang bagi memenuhi rasa itu.


Cukup dengan mencuba untuk mendengar pengisian jiwa, atau isi jiwa dengan berbual dengan stranger. Pergi ke taman, ke kedai kopi biasa, dan cuba untuk isi lompong itu dengan sesuatu yang 'biasa'. Kebiasaan yang mungkin kita tinggalkan dek kerana kesibukan dunia. 


Setiap dari kita perlukan cinta. Dan cinta itu tidak semestinya daripada pasangan semata-mata. Cinta itu boleh wujud dan mengisi lompong dari rasa, dan cinta itu juga boleh jadi cinta dari Dia.

Comments

Popular Posts