CINTA YANG HALAL

 Tadi saya ada jumpa seorang sahabat, kami berbincang tentang banyak perkara termasuklah isu berkenaan hakikat kehidupan di dunia. 


Yang mana saya akhirnya faham bahawa hidup ini cuma hanya sekadar pinjaman dan kita hanya sekadar hamba Tuhan. Klise, ya tahu. 


Tanya budak darjah 1 pun mungkin boleh jawab soalan tu. Kalau dia belajar agama Islam la. Haha. 


Dan siapa yang kenal saya, dia akan tahu saya tak minat benda-benda cliche ni. Bosan. Tak mendatangkan buah fikiran. Perkara hakikat, saya sebagai budak yang curios  tentang banyak perkara, rasa benda sedemikian membosankan. Hakikatnya, ia adalah fakta yang terang lagi bersuluh, tak perlu buka mata pun tahu ianya cerah. Hahaha. Tiber.


Jadi, apa kaitan dengan tajuk 'Cinta yang Halal?"

Ceh, saja je letak tajuk dramatik sikit. I kan suka drama yang tak membosankan? HAHAHA LOL.


K, actually ia berkait dengan perbincangan kami tadi. My after thoughts, walaupun dah lama tahu tapi tak bermakna kita benar-benar memahami dan menghayati, kan?


Sebenarnya ada banyak yang saya terfikir, cuma saya tak pasti macam mana dan apa yang saya patut letak dekat penulisan kalini. Mungkin kalau saya buat as buku, boleh laku keras ni. Sebab apa yang saya akhirnya faham tentang hakikat dunia ini adalah based on the logical thinking part in my brain + ilmu daripada sahabat yang menguatkan lagi logik tu.


Tapi bukan itu yang saya nak tulis sekarang.

Saya cuma terfikir tentang apa sebenarnya keperluan kita sebagai manusia yang masih hidup dekat muka bumi ni. Now that I understand kita akan mati dan kembali kepada Pencipta anyway (yes, cliche), ia buatkan saya semakin merasakan tiada guna untuk saya kejar cinta yang tak halal dekat dunia ni. 


Cinta, yeap.


Siapa je taknak cinta, kan? 

Be it cinta dari ibu/bapa, cinta dari kekasih, cinta dari bos (eh macam lain je bunyinya tu? HAHA), nak nak lagi kalau orang tu single macam you yang baca ni (ha, terasa ke tu :P), kadang kala kita nampak orang sekeliling kita disirami dengan cinta, kita mungkin tertanya, 'God, aku bilaa?' Pastu nangis hujung katil sorang-sorang HAHAHAHA (Boleh relate takk? :P)


Jadi, apa yang saya nak sampaikan sekarang adalah, meskipun kita tertanya-tanya, timbul rasa sedih atau kecewa sebab pasangan tu macam tak kunjung tiba, mungkin kita akan terfikir, 'Apa salah aku? Kenapa Tuhan belum bagi lagi dekat aku? Aku ni jahat ke? Aku ni tak layak ke? Aku ni belum mampu ke? Tuhan tak dengar ke doa-doa aku? Tuhan tak pedulikan aku ke?'


Ehem. Stop kejap. 

Adakah saya patut remind FAKTA 1: TUHAN ITU MAHA MENDENGAR. I mean, kita cakap pasal Allah kot? I tatau kalau Tuhan yang dipercayai oleh agama lain, but God hears us. Kalau Dia tak dengar, buat apa nak sembah lagi, go find another God, like Allah (#donedakwah hahaha).

FAKTA NO 2: (And yes I'm talking about Allah sebab He's my One and Only God) Tuhan itu Maha Pengasih + Penyayang. And of course He cares about you! He just gave you a little tease untuk you kembali dan kuatkan iman you, yakin dan percaya, faithful to Him. 


So, yeah.


Adik-adik I pun dah kahwin and ada anak and I still single. Bayangkan how many questions I get bila I ada dekat kampung regarding marriage. Plus my age pun dah reaching separuh dari umur kebiasaan manusia zaman sekarang hidup. And I'm still figuring out life.


Dan aku sendiri pun sedar yang aku sendiri keep on pushing people out from my private life, bukan sebab aku tak nak bercinta, hell no. Haha. I'm still a girl, a cute lady, a beautiful creature with a great mind (haha), dan hakikatnya aku ni manusia. Tapi benda tu kita bincang luar la eh. Belanja kopi then kita walk the talk sambil enjoy nature. Yep, I am capable of loving and I know that, I dah test last year and I still fall in love, with someone who obviously didn't choose me (otherwise I tak tulis or fikir dah pasal benda ni kot haha so thanks sebab rijek I).


You know what, disebabkan I jatuh cinta dan patah hati, buatkan I dapat menulis dan berfikir, lagi dan lagi. 


Dan sebenarnya I bersyukur, sekurangnya I tak leka terlalu lama dan walaupun it felt right and I really thought I akhirnya jumpa jodoh I sebab dia adalah sebijik seperti yang I pernah minta suatu ketika dahulu, tapi ternyata kami tak lama dan, entah. Sebab rupanya, saya sorang je yang rasa macam tu and he didn't (yes he told me that on our last conversation). I je yang overly attached to him and mostly those yang I suka, tak pernah lagi I kena reject sebab I think I did well, I jaga almost everything to make it right for my spouse, tapi kalau bukan itu yang Tuhan takdirkan, maka ia takkan terjadi. Ia takkan lama. Ia takkan kekal.


Tapi sekurangnya, ia cukup untuk buat aku tahu bahawa Tuhan masih peduli tentang aku kerana pada waktu aku hilang harapan dan was asking for love, Dia pertemukan aku dengan lelaki tu. Just enough time untuk buat aku rasa dipeduli dan dicintai, meskipun cinta mungkin tak pernah wujud dalam hatinya buat diriku. Ecece dramatik jap. HAHAHA.



So, cinta yang halal. Seandainya cinta itu tidak ditakdirkan untuk aku kat dunia ini, aku tahu, dan aku pernah rasa, dan aku rasa cukup lah kot sampai situ.


I mean, waktu aku in love tu pun and bila aku 'kembali' sedar yang cinta tu tak ditakdirkan untuk aku waktu tu, and kebetulan member aku pun time tu tetiba sangat mention dekat aku, "Syu, pernah tak syu rasa macam, ada satu benda yang berlaku then syu rasa macam dah cukup dah untuk syu walaupun sekali je benda tu berlaku. Rasa macam dah complete dah hidup." 


Aaanddd yup. Waktu yang sama yang I terfikir waktu member I tu random sebut benda tu. 


Walaupun cinta tu tak sempat halal, tapi hakikat bahawa cinta tu datang waktu aku sangat fragile dan lost, aku rasa aku dah boleh terima hakikat, ada sebab Tuhan jaga aku daripada terbuai dengan cinta yang haram. 


Sebab cinta tu bahaya untuk aku. 

At least untuk cinta yang haram la. So, kalau kau betul-betul suka aku, ajak je aku kawen terus k (haha tiber). 


Dan based on apa yang I borak dengan member I tadi, katanya cinta tu adalah keperluan kita sebagai manusia sebenarnya. So tak salah pun. Dan memang kita ni pun diciptakan untuk berpasangan, so, pergilaa cari jodoh sekarang (walaupun member tu pun single gak, aku dah bagi sedas kat dia tadi HAHAHA).


Kbye, tu je. Aku rasa aku bebel je kot malam ni.


And yeaa, sorry if you guys ada yang datang dari story IG I, I deactivate IG dulu untuk seketika ni. Izinkan aku untuk sembuh dulu ya, chioooo!


Yang comel,

MQ :P

Comments

Popular Posts