PERASAAN VS MAINAN PERASAAN
Memandangkan kita dah pernah sebut tentang perasaan yang mana setiap perasaan itu wajar dirasai, bagaimana pula dengan mainan perasaan?
Kita letak contoh kehilangan seseorang disebabkan kematian, yang mana ia adalah kehilangan yang tiada ubatnya lagi. Kita dah tak boleh nak menunggu lagi mereka yang dah pergi menghadap Ilahi.
Wajarlah untuk kita rasa sedih. Atau mungkin denial at first then bila fakta tu tiba-tiba menyelinap dan kita baru dapat terima hakikat, kita mungkin akan meraung. Menangis tanpa henti. Mungkin sehingga muntah dan bengkak mata. Tapi kita perlu tahu bila kita patut berhenti menangisi kepergian tu sebab faktanya dia takkan dapat kembali. The only thing yang kita boleh buat cuma meneruskan kehidupan kita.
.
Tajuk ni agak sukar untuk saya tuliskan sebab ada banyak perkara yang sedang bermain di fikiran saya berkenaan ini. Tetapi saya sedar, ada satu garis kecil yang boleh membezakan antara perasaan yang selayaknya serta mainan perasaan.
Bagaimana untuk tidak tenggelam dalam perasaan? Mungkin itulah dia.
Selagi mana kita tidak terjatuh ke dalam lembah perasaan, mungkin ia boleh didefinisikan sebagai perasaan. Tetapi apabila kita melayan perasaan, lagi, lagi dan lagi, mencari-cari perasaan, kenapa tiada rasa sedih atau rasa rindu, mungkin itu adalah mainan perasaan. Yang mana jika tidak dihentikan, kita mungkin boleh tertipu dengan perasaan itu sendiri dan sukar untuk keluar dari lembah itu.
Semua orang ada perasaan. Tapi tak semua orang akan bermain-main dengan perasaan itu.
Emosi adalah wajar untuk kita benarkan kewujudannya, tetapi tidak wajar untuk kita berlama-lama dengannya.
Mungkin kita ambil analogi yang sama, iaitu tetamu.
Tetamu sepatutnya datang dan pergi. Bukan menginap terlalu lama atau terlalu kerap datang berkunjung. Ada waktu ia datang, ada waktu ia tak sesuai untuk singgah. Dan tak boleh terlalu lama jugaklah.
Sama dengan emosi atau perasaan.
Rindu itu wajar. Apatah lagi pada orang yang tidak akan kembali. Atau meskipun pada orang yang kemungkinan akan kembali, tetapi faktanya adalah ia tetap telah pergi.
Kita telahpun kehilangan mereka. Dan mungkin ada hikmah pertemuan itu. Ada kebahagiaan yang Tuhan izinkan untuk hadir buat seketika dalam hidup kamu. Tetapi setelah ia pergi, mungkin ia tidak akan kembali lagi. At least for now.
Jadi bagaimana untuk tidak tenggelam dalam perasaan?
Ada orang, dia sibukkan dirinya dengan pelbagai perkara. Impian dan harapan, kemahuan dan keinginan, itu antara perkara yang normal bagi manusia. Cari hobi baru, cari impian baru, cari kekuatan baharu, dan mungkin kita boleh menjadi versi diri kita yang jauh lebih baik dari sebelum.
Dan mungkin kita boleh cari kawan lama yang kenal siapa kita sebelum kita kenal dia. Untuk kita sambung kembali silaturahim yang mungkin terhenti ketika kita 'bahagia' dengannya. Atau mungkin, menyambung silaturahim dengan orang-orang yang rapat dengan arwah kerana itu yang disarankan dalam agama.
Kesimpulannya, perasaan itu wajar, tetapi jangan terlalu lama melayannya. Anggaplah ia sebagai tetamu yang tak tahu malu, selalu singgah tanpa kita pinta. So kita tak segan silu nak halau dia lagi. Hahah.
Kbye, sign off.
MQ
.png)
.jpg)

Comments
Post a Comment